oleh Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamed
(Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, 30 April 2018)
•Kehidupan anak muda itu adalah ilmu dan taqwa, kalau tiada kedua itu maka tiadalah hakikat hidup untuk umur mereka.
•Yang Masanya Muda tidak mengambil peluang menuntut ilmu , maka tiadalah hakikat hidup yang sebenar.
•Ilmu dicari bukan kerana kemasyhuran sijil.
•Orang yang mendalami ilmu akan selalu berasa takut kepada Allah swt.
•Taalim tanpa tazkiyah lebih teruk daripada Tazkiyah tanpa taalim.
•Jika tidak diberi sesuatu yang kita inginkan itu adalah suatu pemberian terbaik Kerana Allah swt tahu apa yang kita tidak mengetahui.
• Nilai sebuah ilmu yang kita miliki bergantung kepada adab dan akhlak terhadap ilmu dan orang yang berilmu. Ilmu tanpa adab ibarat pohon tidak berbuah.
4 Tips dari habib Ali zaenal abidin buat penuntut ilmu :
1. Penuntut ilmu Perlu ada bimbingan daripada murabbi dalam mencari ilmu
2. Carilah dan duduklah di lingkungan (persekitaran) yang baik untuk kita terus menjadi baik.
3. Biasakan langkahkan kaki ke tempat yang baik dan bermanfaat.
4. Akhlak perlu dijaga ketika di zaman menuntut ilmu. Ilmu dan akhlak adalah nilai darjat yang diangkat oleh allah swt keatas seseorang.
"اذا لم تشغل نفسك بمنفعة، ومشغول لا فيه منفعة"
Jika kamu tidak menyibukkan diri dengan perkara yang tidak bermanfaat,kamu akan disibukkan dengan perkara yang tidak bermanfaat.
@ArRaudha
Tidak ada komentar:
Posting Komentar